Sunday, February 6, 2011

singgah2 tanya khabar

assalamualaikum..
apa khabar semua? '
salam sejahtera
 buat yang non muslim...
so, arini ape kene megenanya kami nak mengupdate blog..?
hemm agak beberapa hari jugak blog tidak berjalan, disebabkan ketidakhadiran WIFI,
so takpe, kami mencuba yang terbaik untuk anda.. hari tu ade kami berikan kata2 kan? so,
adakah rakan2, sahabat2 saudara2 kami ini termotivasi?
hah? termotivasi? boleh ke macam tuh?
termotivasi atau dimotivasi?
ape2 jelah kan? yang penting, kita tahu arah tuju kita
betul tak?
ok lah bersempena dengan tajuk diatas, singgah2 tanya khbar,
sebenarnya owner dah lama merindui kalian semua.. wahh dah lama?
sebenarnya sekarang pun masih merindui..
adkah kalian jugak begitu? harap2 begitu hendaknya.. :)
baiklah, owner ade berjalan2 di blog2 korang semua, memang gempak gile, and best!! haha
yang mana sempat owner pergilah.. yea?
jgn marah nanti kami pergi ke blog yang tak sempat pergi lagi ok?
so, ape kaitanya untuk tajuk kali ini? singgah2 tnaya khbar?
waah, terus tanya kaitan, untuk kali ini,
kami just nak bagitahu disini,
adalah bagus untuk kita singgah2 tanya khabar blogger2 lain.. tahu kenapa?

1) boleh eratkan silaturrahim
2) boleh tambaah kenalan
3) mengenali lebih rapat seseorang
4) mengenali dengan lebih tentang kehidupan orang lain..

naaa, itu baru sikit yang kami senaraikan.. bukan ape, saja je senaraikan sedikit, sebabnya, kami nak beri anda peluang untuk buat sedikit "homework".. hehe homework ke? jgn tarik2 muka,, sekejap je..
cube tutup mata dan renungkan seketika, apa yang kita dapat kalau kita mulakan singgah2 tanya khabar nih? ok?
so untuk kali ini, ini dahulu, lain kali bertemu lagi k?
kami mendoakan diamana anda berada anda akan berjaya dan mencapai kesejahteraan hidup..
dan kami juga nak mengucapkan GONG XI FA CAI  kepada seluruh rakyat malaysia yang menyambutnya.. nak angpau boleh??

Tuesday, February 1, 2011

three quotation :)

maafkan sesiapa yang membuat kita terluka kerana di saat mereka terluka..pasti pengajaran yang mereka berikan pada kita akan menjadi igauan kepada mereka..

jangan terus tunduk pada rumitnya masalah..tp tunduklah pada jahilnya menyelesaikan masalah..

selagi saya masih bernafas..takkan saya biarkan kamu keseorangan..& andai saya telah tiada di saat kamu memerlukan..ingatlah Dia sentiasa ada menjadi pemangkin kekuatan..

p/s : hari ini kami akan berkongsi sedikit ayat [ ayat di atas] yang sangat bermakna bagi kami..kerana apabila kami rasa agak jatuh dan membaca ayat ini pasti make us chill like always..so kepada anda semua ingat lah tulus kan hati anda untuk meminta maaf serta memaafkan orang lain..bak kata orang biar orang buat jahat kepada kita tapi kita balas lah dengan kebaikan..kerana disaat mereka terluka mereka pasti akan teringat disaat mereka membuat kita terluka..Nampak disitu kan ALLAH itu maha adil..setiap perbuatan kita pasti ade balasannya.. disaat kita di[enuhi dengan segala macam masalah janganlah anda mengeluh tetapi bersyukurlah anda..kerana ALLAH sentiasa melihat anda sebab itulah dia menduga anda..renung-renungkan dan selamat bermuhasah diri...

life is beautiful but a bit hard sometimes
if u dare to take a risk u will got someting than nothing
it's true that not everything WE HOPE FOR become reality
sometimes..we failed..but be positive..dont be sad,dont give up.
face everything with smile..open your heart..
when you are ready to cry..mean that u are ready to smile again.

Sunday, January 16, 2011

kenapa kita perlu bersusah?

..Assalamualaikum..
..salam sejahtera..
apa khabar anda semua hari ini? masih berada dalam keadaan yang ceria? sihat? dan penuh dengan kegembiraan? haishh tu kenapa bibir panjang je tuh? ade masalahkah? ceritalah? masih ingatkah kenapa site ini dibina? untuk kita semua!! untuk kita bersama2 menghadapi kehidupan. tidak kira siapa anda, dimana anda, we are always there to support you. tak percaya? aduh kenapa boleh jadi macam ni ya? kenapa anda boleh tidak percayakan kami nih? adakah kerana kami masih terlalu awal untuk anda berkongsi masalah? aduh, tak mengapalah, anda just ikuti blog kami ini untuk lebih mengenali diri kami.. boleh begitu? mahu begitu?
dunt worry, anggaplah kita ini sebagai suatu keluarga, suatu keluarga yang cukup besar untuk kita kongsi segala kedukaan, kegembiraan, kebahagiaan, keceriaan.. bolehkah begitu? kalau ditanya pada kami jawapanya ya! tidak pernah akan anda dapat jawapan tidak dari kami.. kerana kami adalah untuk anda.. dan anda untuk kami.. baik, kali ni saya ade benda baharu nak dikongsikan bersama..
baru baru ini, ada beberapa kawna saya datang kepada saya, dan mereka menceritakan masalah mereka kepada saya. apa? siapa mereka? sayang, this is our amanah to keep their secret as our secret. apa yang dapat kami berikan disini ialah beberapa pengajaran dari kisah mereka. dan saya juga telah mendapatkan kebenaran dari mereka..
kawan, saya betul2 terharu, tersedih, tersedu sedan jugaklah bila mendengarkan cerita dia., kenapa saya bersikap begitu? kerana saya juga pernah merasa apa yang dia rasa. waktu itu, saya juga meluahkan apa yang dia hadapi itu, pernah juga syaa hadapi, mungkin dia berfikir syaa menceritakan kisah saya itu hanya untuk menyedapkan hatinya, tapi sebenarnya tidak!! saya juga mengalami apa yang dialaminya..
dan tahu apa yang paling saya tertarik dengan kata katanya?
dia bertanyakan kepada saya:
kenpa kita PERLU BERSUSAH PAYAH? 
aduh, saya tergamam seketika. saya juga berfikir kenapa kita perlu bersusah payah? sedangkan kita boleh mendapatkan apa2 sahaja dengan pelabgai cara. kalau cara baik itu susah untuk kita lakukan, kan ade perkara2 yang kurang baik yang boleh kita lakukan untuk mendapatkan sesuatu itu?
lagi saya tergamam, kenapa? kenapa saya sampai boleh terfikir begitu. apakah saya telah jatuh dari kehidupan kita. saya cuba perbetulkan kenapa saya juga berfikir begitu, saya buka beberapa buku, and beberapa laman web, dan alhamdulillah. saya bertemu dengan beberapa benda.
salah satunya ini. firman ALLAH s.w.t

Allah tidak membebani seseorang melainkan sepadan dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." (Al-Baqarah:186)





adakah anda paham dengan apa yang tecatat dalam firman ALLAH diatas? 
bagi yang non muslim. mungkin anda kurang faham dengan pernyataan diatas. takpe, biar saya terangkan sedikit mengikut kempampuan saya, kalau terslaah, tolong betulkan saya, saya juga masih seorang yang sedang belajar.


!) tidak mungkin tuhan itu akan membebankan hambanya dalam melakukan sesuatu. sayang, tuhan tidak pernah meletakkan ujian yang melebihi kemampuan hambanya.. tuhan telah tetapkan apa yang mampu dan tidak mampu dihadapi oleh hambanya, dan sekalipun kita tidak mampu, tuhan telah sediakan jalan2 untuk kita. apakah itu? tepuk dada, tanyalah diri anda. 

2) kalau kejahtan yang kita pilih, maka jalan yang penuh dengan kehitaman yang akan kita lalui, dan semestinya, kita akan mendapat balasan yang setimpal. tapi sebaliknya berlaku jika kita memilih jalan kebaikan.. 

3) dan seharusnya kita memohon kepada tuhan untuk perlindungan. ALLAH itu suka kalau hambanya merintih, dan menceritakan segala masalah kepada dia. kerana dia rasa dicintai, sebab itu, dalam islam, digalakkan memohon doa kepada ALLAH selepas bersembahyang, menangislah semahunya.. menceritakan masalah kepada ALLAH, maka ALLAH akan membantu hamba kerana DIA tidak sanggup melihat hambaNYA dalam kedukaan.. jadi, jangan lah kita lupakan ALLAH kalau kita berada dalam kesenangan.. 


so kaitanya dengan apa yang saya ceritakan diatas, kenapa KITA PERLU BERSUSAH? sedikit sebanya sudah terjawab kan? saya tidak mahu menyimpulkan disini kerana saya mahu kita sama2 belajar, jadi, untuk followers, anda tentukan sendiri, KENAPA KITA PERLU BERSUSAH?


kami disini hanya sebagai pengantara. anda perlu nyatakan sendiri kenapa kita pelru bersusah, dan carilah penyelesaian yang terbaik untuk setiap permasalahan kita itu. ingatlah, kami menyayngi anda sepertimana kami menyayangi diri dan keluarga kami, kerna anda adlaah sebahagian dari kami dan anda adlaah keluarga kami..
kami sayangkan anda semua.. 


salam buat semua...

Wednesday, January 12, 2011

Biarpun kita jatuh berulangkali tapi bangkitlah untuk kali kelapan..

kenape lapan ek..? kenape tak enam ke sepuluh ke..? oowhh ini sekadar nak menggambarkan walaupun kita asyik jatuh je [ maknanya jatuh banyak kali la ] tak kiralah dalam apa sekalipun tapi kita harus bangkit semula..janganlah bila kita asyik jatuh ja n kita still biar diri kita tersembam jatuh dekat situ..no no no n never keyh..
so wake up my dear...never give up..

Monday, January 10, 2011

salam

salam semua. 
apa khabar?
lama tak menjengah sini kan? 
masih ade ke pengikut kmi nih?
aduii minta maaf lah sesangat, haiii tahun baru, semua kena baru, 
yelah, yang lama bukan tak leh pakai,
 boleh lagi tapi kena beli baru sebab tu prosedur dia..
tu yang kami sibuk sgt,
sampaikan nak bertemu anda sekejap pun tak sempat. minta maafla, 
kami harap anda juga faham, kerana anda juga seperti kami kan?
masing2 sibuk bila nka buka buku baru nih..
macam2 kene barukan, itu baru ini baru, semua baru..
haaa azam baru pun ade ke? 
kalau ade tu, saya harap yang lama dah tertunai ya?

ok, hari ini saya curi jap masa, 
harap2 tak kenalah saya hukuman nanti, hehe
demi anda semua, 
saya dah kumpul beberapa ayat yang kita boleh gunakan,
ayat ke quota ke, labih kurang macam tulah,.. 
this is for our inspirational, untuk inspirasi, untuk motivasi,
saya sebenarnya sempat juga bace sebuah buku, 
tapi tu pun tak habis lagi...
heheh jangan malas2 ye kawan2? jgn jadi cm saya,
haa, kalau jadi macam yang sorang lagi takpe, dia rajin sikit membaca... haaa
almaklumlah, ulat buku,.. haa, okay,
kita teruskan yea?


Hidup ini singkat. Tidak ada waktu untuk meninggalkan kata-kata penting tak terkatakan.
Life is short. There is no time to leave important words unsaid.
~ Paulo Coelho



Mereka yang dapat memberi tanpa mengingat, dan menerima tanpa melupakan akan diberkati.
Blessed are those that can give without remembering and receive without forgetting.


Jika Anda menginginkan sesuatu yang belum pernah anda miliki, Anda harus bersedia melakukan sesuatu yang belum pernah Anda lakukan.
If you want something you’ve never had, you must be willing to do something you’ve never done.
~ Thomas Jefferson


ok, cukup dahulu untuk tiga yang kami nyatakan tadi, kawan, kalau kita renungkan balik dlaam2 setiap kata2 diatas tu, kita pasti akan mencapai sesuatu dalam kehidupan kita. percayalah cakap kami.. percayalah cakap saya, sebab saya sudah pun mengalami satu situasi yang tak pernah saya alami, begitu perit, sampaikan suatu hari, saya terjumpa dengan salah satu quotes diats tu. memang, bnyak perbuahan yang berlaku kepada diri saya dan org sekeliling. jadi, saya mengharapakn agar entry kali ini dapat memberikan satu manfaat kepada kalian yang membaca..

Monday, December 27, 2010

Kalendar Baru


Assalamualaikum semua..

S
udah lama kami tidak menjenguk di sini..banyak sawang-sawang erta sarang labah-labah di sini..fuhh fuhh..sedar tidak sedar kita udah melepasi tahun 2010..jadi sayonara 2010 dan selamat datang 2011..sudah pasti ramai yang teruja menunggu kedatangan tahun baru.ada juga yang sedih bukan..tidak mengapa lah hidup harus diteruskan..bermula tahun baru maka bermula lah buku atau pun kamus yang baru..buku yang baru yang perlu kita warnakan supaya indah hidup kita..maka buku yang lama janganlah kita buang begitu sahaja..tetapi simpanlah ia supaya dapat menjadi rujukan kita pada masa akan datang..balut elok-elok dan simpan dia ditempat yang selamat..hehe 



Setiap orang pasti ada azam yang baru kan..tetapi kita jangan lah pula lupa pada azam tahun lepas yang tergendala itu..jadi tahun akan datang laksanakan lah azam yang tergendala agar ia tidak hanya tinggal azam semata-mata..apa yang kita azam kan harus lah kita laksanakan..jangan terlalu cepat menyerah kalah dalam kehidupan..kita bukan dilahirkan untuk menjadi seorang yang kalah tetapi seorang yang menang berjuang untuk hidup.



Bagi yang mempunyai atau mengalami kenangan yang kurang menyeronokkan dalam erti kata lain kenangan pahit lah, jangan kecewa tetapi bangkit untuk menegakkan kebenaran..eh eh bukanlah bangkit untuk berjuang semula dalam hidup..jangan putus asa..dalam kehidupan tidak dijadikan indah belaka..kalau semua indah belaka pasti tidak seronok juga..kita tidak merasai kesusahan..kita juga tidak akan terdidik untuk berhadapan dengan kesusahan..jadi Allah jadikan setiap kehidupan hambanya ada susah ada senang, ada sedih ada gembira, ada pahit ada manis..akhir kata mulakan tahun baru anda dengan azam yang membara serta kegembiraan..Selamat tahun baru kami ucapkan kepada semua..sebelum terlupa jadilah seorang yang matang dalam kehidupan..orang menilai apa yang kita lakukan..

Wednesday, December 22, 2010

21 Nasihat Yang Baik ..



Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca! Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!!!

PERTAMA
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting apabila usia semakin tua.

KETIGA
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu.

KEEMPAT
Apabila kamu berkata, “ Aku Cinta Padamu”, maka tunaikanlah.

KELIMA
Apabila anda mengatakan, “Maaf”, tenunglah matanya.

KEENAM
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KETUJUH
Percayailah cinta pandang pertama.

KELAPAN
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KESEMBILAN
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KEDUABELAS
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGABELAS
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya, “Kenapa anda ingin tahu?”

KEEMPATBELAS
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMABELAS
Ucaplah “Semoga anda diberkati” apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAMBELAS
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

KETUJUHBELAS
Berpeganglah kepada tiga R:
-Rasa hormat pada diri sendiri.
-Rasa hormat kepada orang lain.
-Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda.

KELAPANBELAS
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

KESEMBILANBELAS
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

KEDUAPULUH
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

KEDUAPULUHSATU
Ada ketikanya anda perlu bersendirian. Jadi bersendirian lah buat sementara..

semoga bermanfaat..