Sunday, January 16, 2011

kenapa kita perlu bersusah?

..Assalamualaikum..
..salam sejahtera..
apa khabar anda semua hari ini? masih berada dalam keadaan yang ceria? sihat? dan penuh dengan kegembiraan? haishh tu kenapa bibir panjang je tuh? ade masalahkah? ceritalah? masih ingatkah kenapa site ini dibina? untuk kita semua!! untuk kita bersama2 menghadapi kehidupan. tidak kira siapa anda, dimana anda, we are always there to support you. tak percaya? aduh kenapa boleh jadi macam ni ya? kenapa anda boleh tidak percayakan kami nih? adakah kerana kami masih terlalu awal untuk anda berkongsi masalah? aduh, tak mengapalah, anda just ikuti blog kami ini untuk lebih mengenali diri kami.. boleh begitu? mahu begitu?
dunt worry, anggaplah kita ini sebagai suatu keluarga, suatu keluarga yang cukup besar untuk kita kongsi segala kedukaan, kegembiraan, kebahagiaan, keceriaan.. bolehkah begitu? kalau ditanya pada kami jawapanya ya! tidak pernah akan anda dapat jawapan tidak dari kami.. kerana kami adalah untuk anda.. dan anda untuk kami.. baik, kali ni saya ade benda baharu nak dikongsikan bersama..
baru baru ini, ada beberapa kawna saya datang kepada saya, dan mereka menceritakan masalah mereka kepada saya. apa? siapa mereka? sayang, this is our amanah to keep their secret as our secret. apa yang dapat kami berikan disini ialah beberapa pengajaran dari kisah mereka. dan saya juga telah mendapatkan kebenaran dari mereka..
kawan, saya betul2 terharu, tersedih, tersedu sedan jugaklah bila mendengarkan cerita dia., kenapa saya bersikap begitu? kerana saya juga pernah merasa apa yang dia rasa. waktu itu, saya juga meluahkan apa yang dia hadapi itu, pernah juga syaa hadapi, mungkin dia berfikir syaa menceritakan kisah saya itu hanya untuk menyedapkan hatinya, tapi sebenarnya tidak!! saya juga mengalami apa yang dialaminya..
dan tahu apa yang paling saya tertarik dengan kata katanya?
dia bertanyakan kepada saya:
kenpa kita PERLU BERSUSAH PAYAH? 
aduh, saya tergamam seketika. saya juga berfikir kenapa kita perlu bersusah payah? sedangkan kita boleh mendapatkan apa2 sahaja dengan pelabgai cara. kalau cara baik itu susah untuk kita lakukan, kan ade perkara2 yang kurang baik yang boleh kita lakukan untuk mendapatkan sesuatu itu?
lagi saya tergamam, kenapa? kenapa saya sampai boleh terfikir begitu. apakah saya telah jatuh dari kehidupan kita. saya cuba perbetulkan kenapa saya juga berfikir begitu, saya buka beberapa buku, and beberapa laman web, dan alhamdulillah. saya bertemu dengan beberapa benda.
salah satunya ini. firman ALLAH s.w.t

Allah tidak membebani seseorang melainkan sepadan dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." (Al-Baqarah:186)





adakah anda paham dengan apa yang tecatat dalam firman ALLAH diatas? 
bagi yang non muslim. mungkin anda kurang faham dengan pernyataan diatas. takpe, biar saya terangkan sedikit mengikut kempampuan saya, kalau terslaah, tolong betulkan saya, saya juga masih seorang yang sedang belajar.


!) tidak mungkin tuhan itu akan membebankan hambanya dalam melakukan sesuatu. sayang, tuhan tidak pernah meletakkan ujian yang melebihi kemampuan hambanya.. tuhan telah tetapkan apa yang mampu dan tidak mampu dihadapi oleh hambanya, dan sekalipun kita tidak mampu, tuhan telah sediakan jalan2 untuk kita. apakah itu? tepuk dada, tanyalah diri anda. 

2) kalau kejahtan yang kita pilih, maka jalan yang penuh dengan kehitaman yang akan kita lalui, dan semestinya, kita akan mendapat balasan yang setimpal. tapi sebaliknya berlaku jika kita memilih jalan kebaikan.. 

3) dan seharusnya kita memohon kepada tuhan untuk perlindungan. ALLAH itu suka kalau hambanya merintih, dan menceritakan segala masalah kepada dia. kerana dia rasa dicintai, sebab itu, dalam islam, digalakkan memohon doa kepada ALLAH selepas bersembahyang, menangislah semahunya.. menceritakan masalah kepada ALLAH, maka ALLAH akan membantu hamba kerana DIA tidak sanggup melihat hambaNYA dalam kedukaan.. jadi, jangan lah kita lupakan ALLAH kalau kita berada dalam kesenangan.. 


so kaitanya dengan apa yang saya ceritakan diatas, kenapa KITA PERLU BERSUSAH? sedikit sebanya sudah terjawab kan? saya tidak mahu menyimpulkan disini kerana saya mahu kita sama2 belajar, jadi, untuk followers, anda tentukan sendiri, KENAPA KITA PERLU BERSUSAH?


kami disini hanya sebagai pengantara. anda perlu nyatakan sendiri kenapa kita pelru bersusah, dan carilah penyelesaian yang terbaik untuk setiap permasalahan kita itu. ingatlah, kami menyayngi anda sepertimana kami menyayangi diri dan keluarga kami, kerna anda adlaah sebahagian dari kami dan anda adlaah keluarga kami..
kami sayangkan anda semua.. 


salam buat semua...

Wednesday, January 12, 2011

Biarpun kita jatuh berulangkali tapi bangkitlah untuk kali kelapan..

kenape lapan ek..? kenape tak enam ke sepuluh ke..? oowhh ini sekadar nak menggambarkan walaupun kita asyik jatuh je [ maknanya jatuh banyak kali la ] tak kiralah dalam apa sekalipun tapi kita harus bangkit semula..janganlah bila kita asyik jatuh ja n kita still biar diri kita tersembam jatuh dekat situ..no no no n never keyh..
so wake up my dear...never give up..

Monday, January 10, 2011

salam

salam semua. 
apa khabar?
lama tak menjengah sini kan? 
masih ade ke pengikut kmi nih?
aduii minta maaf lah sesangat, haiii tahun baru, semua kena baru, 
yelah, yang lama bukan tak leh pakai,
 boleh lagi tapi kena beli baru sebab tu prosedur dia..
tu yang kami sibuk sgt,
sampaikan nak bertemu anda sekejap pun tak sempat. minta maafla, 
kami harap anda juga faham, kerana anda juga seperti kami kan?
masing2 sibuk bila nka buka buku baru nih..
macam2 kene barukan, itu baru ini baru, semua baru..
haaa azam baru pun ade ke? 
kalau ade tu, saya harap yang lama dah tertunai ya?

ok, hari ini saya curi jap masa, 
harap2 tak kenalah saya hukuman nanti, hehe
demi anda semua, 
saya dah kumpul beberapa ayat yang kita boleh gunakan,
ayat ke quota ke, labih kurang macam tulah,.. 
this is for our inspirational, untuk inspirasi, untuk motivasi,
saya sebenarnya sempat juga bace sebuah buku, 
tapi tu pun tak habis lagi...
heheh jangan malas2 ye kawan2? jgn jadi cm saya,
haa, kalau jadi macam yang sorang lagi takpe, dia rajin sikit membaca... haaa
almaklumlah, ulat buku,.. haa, okay,
kita teruskan yea?


Hidup ini singkat. Tidak ada waktu untuk meninggalkan kata-kata penting tak terkatakan.
Life is short. There is no time to leave important words unsaid.
~ Paulo Coelho



Mereka yang dapat memberi tanpa mengingat, dan menerima tanpa melupakan akan diberkati.
Blessed are those that can give without remembering and receive without forgetting.


Jika Anda menginginkan sesuatu yang belum pernah anda miliki, Anda harus bersedia melakukan sesuatu yang belum pernah Anda lakukan.
If you want something you’ve never had, you must be willing to do something you’ve never done.
~ Thomas Jefferson


ok, cukup dahulu untuk tiga yang kami nyatakan tadi, kawan, kalau kita renungkan balik dlaam2 setiap kata2 diatas tu, kita pasti akan mencapai sesuatu dalam kehidupan kita. percayalah cakap kami.. percayalah cakap saya, sebab saya sudah pun mengalami satu situasi yang tak pernah saya alami, begitu perit, sampaikan suatu hari, saya terjumpa dengan salah satu quotes diats tu. memang, bnyak perbuahan yang berlaku kepada diri saya dan org sekeliling. jadi, saya mengharapakn agar entry kali ini dapat memberikan satu manfaat kepada kalian yang membaca..