Monday, December 27, 2010

Kalendar Baru


Assalamualaikum semua..

S
udah lama kami tidak menjenguk di sini..banyak sawang-sawang erta sarang labah-labah di sini..fuhh fuhh..sedar tidak sedar kita udah melepasi tahun 2010..jadi sayonara 2010 dan selamat datang 2011..sudah pasti ramai yang teruja menunggu kedatangan tahun baru.ada juga yang sedih bukan..tidak mengapa lah hidup harus diteruskan..bermula tahun baru maka bermula lah buku atau pun kamus yang baru..buku yang baru yang perlu kita warnakan supaya indah hidup kita..maka buku yang lama janganlah kita buang begitu sahaja..tetapi simpanlah ia supaya dapat menjadi rujukan kita pada masa akan datang..balut elok-elok dan simpan dia ditempat yang selamat..hehe 



Setiap orang pasti ada azam yang baru kan..tetapi kita jangan lah pula lupa pada azam tahun lepas yang tergendala itu..jadi tahun akan datang laksanakan lah azam yang tergendala agar ia tidak hanya tinggal azam semata-mata..apa yang kita azam kan harus lah kita laksanakan..jangan terlalu cepat menyerah kalah dalam kehidupan..kita bukan dilahirkan untuk menjadi seorang yang kalah tetapi seorang yang menang berjuang untuk hidup.



Bagi yang mempunyai atau mengalami kenangan yang kurang menyeronokkan dalam erti kata lain kenangan pahit lah, jangan kecewa tetapi bangkit untuk menegakkan kebenaran..eh eh bukanlah bangkit untuk berjuang semula dalam hidup..jangan putus asa..dalam kehidupan tidak dijadikan indah belaka..kalau semua indah belaka pasti tidak seronok juga..kita tidak merasai kesusahan..kita juga tidak akan terdidik untuk berhadapan dengan kesusahan..jadi Allah jadikan setiap kehidupan hambanya ada susah ada senang, ada sedih ada gembira, ada pahit ada manis..akhir kata mulakan tahun baru anda dengan azam yang membara serta kegembiraan..Selamat tahun baru kami ucapkan kepada semua..sebelum terlupa jadilah seorang yang matang dalam kehidupan..orang menilai apa yang kita lakukan..

Wednesday, December 22, 2010

21 Nasihat Yang Baik ..



Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca! Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!!!

PERTAMA
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting apabila usia semakin tua.

KETIGA
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu.

KEEMPAT
Apabila kamu berkata, “ Aku Cinta Padamu”, maka tunaikanlah.

KELIMA
Apabila anda mengatakan, “Maaf”, tenunglah matanya.

KEENAM
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KETUJUH
Percayailah cinta pandang pertama.

KELAPAN
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KESEMBILAN
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KEDUABELAS
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGABELAS
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya, “Kenapa anda ingin tahu?”

KEEMPATBELAS
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMABELAS
Ucaplah “Semoga anda diberkati” apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAMBELAS
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

KETUJUHBELAS
Berpeganglah kepada tiga R:
-Rasa hormat pada diri sendiri.
-Rasa hormat kepada orang lain.
-Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda.

KELAPANBELAS
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

KESEMBILANBELAS
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

KEDUAPULUH
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

KEDUAPULUHSATU
Ada ketikanya anda perlu bersendirian. Jadi bersendirian lah buat sementara..

semoga bermanfaat..

Sunday, December 5, 2010

jatuhnya kegagalan, bangunya kejayaan

salam. apa khabar semua. masyaALLAH, sudah lama kami tidak mengupdate disini kan? apa sudah jadi? dah berputus asakah? TIDAK. mana ada kami pernah berputus asa. bukankah laman ini dicipta untuk kita semua. mencurah rasa ingin berjaya. kan? memotivasikan disampaing bermotivasi. emm tulah, nak buat macam mana, kami sibuk. hahah. kerja masing2 tidak ada yang selesai lagi. jadi, terpaksalah meninggalkan korang semua seketika. alah, jangan lah merajuk. kalau merajauk sapa nak pujuk? kamilah, aduhh macamana nak pujuk? jenuhlah kami nak memerah otak mencari idea nak pujuk pula. takpe, korang semua jangan merajuk yea? kita sama2 memahami kan?


jadi, kali ini kita nak sembangkan apa ya?
pernah tak kalian semua GAGAL? pernah tak kalian semua terjatuh? 
kalau pernah mengalami semua tu, pernah tak kalian cuba bangun?
pernah tak kalian semua mencari jalan penyelesaian untuk semua masalah kalian tuh?
pernah tak kalian semua cakap macam nih:

 AH FEDAPLAH AKU, ASYIK GAGAL JE, DAH MALAS AKU NAK BUAT DAH. BIAR JELAH,!!

ADOOOIIII, GAGAL LAGI, BILA LAH AKU NAK BERJAYA NIH, ASYIK GAGAL JA. MALAS DAH KAU NAK TERUSKAN..

ADUH SAKITNYA, KENAPALAH DIA BUAT AKU MACAM NIH!! KENAPA AKU SELALU GAGAL DALAM BERCINTA??

haa tersenyum tu, mesti ade yang pernah cakap kan? haa, serupalah kami. sebelum nih, kami selalu jea merasa yang kegagalan kami tu, hanya kmai je yang lalui, sebenarnya, orang lain juga turut alami benda yang sama. haa, yang tragisnya lagi, kita tak pernah mencuba bangung. tak seperti orang lain. haaa, nilah yang kami nak bincangkan kali nih. eh bincang kan ka? kongsikanlah, eh kalau nak bincang pun tak pe, korang komen je, nanti creator kaan p tengok komen2 tuh. haaa. kegagalan. benda yang kita dengar berkali2 dalam sehari tuh. 

erm boleh ke kita menghadapi kegagalan. MESTILAH BOLEH! tengok jea macam pemilik KFC, dia mencuba seribu ekor ayam, barulah resepi dia diterima orang!! dia asyik gagal, dimulakan dengan ayam yang pertama. kedua, ketiga, semuanya gagal, sehinggakan dia pun dah hampir kehabisan modal, finally, dia berjaya, sebab apa? sebab dia tak nak kegagalan menyelubungi diri dia. dia tak pernah berputus asa, lihat sahaja, ayam yang dia cuba sebelum dia berjaya, seribu ekor!! bukan jumlah yang sikit, bukan masa yang pendek!! lama tuh. tengok sekarang nih, KFC menjadi kegemaran ramai. termasuklah kami. hehee. creator yang sorang lagi tu, suka sgt cheezy wedges,hahah..

sayang, rakan2ku, kalian tahu tak? maher zain, penyanyi lagu tema blog kita nih, eh lagu tema ke? haaha tak pe, dia juga pernah gagal dalam kehidupan. dan, dia bangun dari kegagalan dia tu, dia tak terus gagalkan diri dia. alhamdulillah, dia tersedar dari tidur dia yang lama, tidur yang menyesatkan dia. kini, dia berjaga, dia salah seorang org yang berdakwah kepada kita. tengok sahaj lagu2 dia. mengenai ketuhanan. 

see, kedua2 tokoh diatas, tokoh ke? apa2 jelah, mereka berdua nih, pernah gagal, namun mereka bangun, jadi, kita juga kena bangun, mana boleh kita terus terlena dalam kesakitan kegagalan kita. ok? kami menyeru kedua2 diri kmi serta kalian semua, ayuh, kitA BANGUN!! KITA TINGGALAKAN YANG NAMANYA KEGAGALAN ITU. haiyaalaalfalah.. marilah menujuk kejayaan. ok? 

fikir fikirkan memotivasikan diri untuk meningkatkan prestasi

Thursday, November 25, 2010

Mewarnai Hidup Tatkala Musibah


Dalam hidup ada ketika-ketikanya anda diterjah kehairanan, “Mengapa aku, orang lain tidak?” Terutama tatkala anda dilanda masalah, “Laa, banyak-banyak orang, kenapa aku yang accident nie?”
Hidup ini penuh dengan pelbagai perkara. Ada gembira ada sedih, ada menangis ada tertawa, ada jujur ada curang, ada keji ada pujian. Pendek kata hidup penuh dengan hal-hal yang tidak terduga oleh kita. Tak semua yang kita harap akan menjadi seperti yang kita harapkan, tak semua yang kita cuba hindari mampu kita hindari , tak semua  yang kita takuti tidak akan kita temui.
Selagi namanya hidup ia penuh dengan warna. Adakalanya berwarna hitam, ada kalanya berwarna cerah, ada kalanya berwarna garang, ada kalanya berwarna suram. Begitulah hidup.Kelemahan kita ialah kita tidak dapat menjangka warna apa yang akan kita tempuhi kelak.
Maka dalam mendepani takdir, anda perlu sentiasa ingat setiap kejadian menyimpan hikmah, tidak  kira apakah kejadian itu membahagiakan atau mendukacitakan. Disini ada beberapa tips dalam mewarnai hidup kita tatkala musibah menghampi.
1


Tatkala anda ditimpa musibah
Sentiasalah ingat firman Allah ayat 2-3 dari Surah Al-Ankabut, maksudnya “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, “Kami  telah beriman ,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya KAMI telah menguji orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang yang benar dan sesungguhnya DIA mengetahuimorang dusta.”
2


Tatkala anda tidak mendapat apa yang anda mahu
Bukan semua yang kita mahu kita akan mendapatnya. Banyak perkara dalam hidup ini tidak akan mampu kita gapai.Misalnya, kita boleh berangan-angan menjadi puteri raja yang hidup serba mewah, tak mungkin kita akan mendapatkannya sebab kita bukan berdarah raja. Kalau kita berdarah raja pun sistem kehidupan sekarang tidak memungkinkan hal demikian terjadi. Dalam keadaan sebegini ingatlah firman ALLAH dalam surah Al-Baqarah ayat 216 maksudnya, “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak menegtahui.”
3


Tatkala anda berasa sesak nafas kerana ditimpa uijian berat
Sebenarnya setiap ujian yang menimpa sesuai untuk individu-individu yang menerimanya.Ujian tidak ditimpakan kepada orang yang lemah. Untuk apa lagi ujian kepada orang lemah.Sudah pasti dia tidak akan mampu memikulnya. Jadi, setiap ujian hanya akan ditimpakan ke atas bahu orang yang sanggup memikulnya sahaja atau kuat berdepan dengannya, Lihat firman Allah, “Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”Surah Al-Baqarah 286. Ini membuktikan kita sentiasa ada kekuatan untuk mendepani apa jua musibah yang datang dalam hidup.
4


Tatkala anda rasa cukup frust
Gantikan rasa frust itu dengan langkah-langkah yang bijak ke arah kecemerlangan.Hidup penuh dengan hipokritnya.Jika anda rasa frust disebabkan oleh seseorang, anggap itu aset atau pencetus diri anda untuk bangun dan berjaya. Firman Allah, “Janganlah kamu bersikap lemah, dan jangan  kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman.” Al-Imran, 139
5


Tatkala anda rasa hilang harapan
Harapan sentiasa bersama orang yang berharap. Harapan juga sentiasa ada bersama orang yang tidak memutuskan hubungannya dengan Allah.
‘Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal.” At-Taubah 129.Justeru, jadikanlah keluarga kita tempat berkasih sayang, saling memerlukan, saling membina sejahtera untuk menuju kehidupan yang abadi lantaran daripada siapa lagi kita merujuk apabila ditimpa musibah kalau tidak keluarga kita.
Dengan sedikit tips di atas kami harap anda dapat mengamalkannya sedikit sebanyak ketika musibah melanda.

Monday, November 22, 2010

Ucapan Keramat

Tidak perlu lipstik ataupun lipgloss untuk melembapkan bibir kita semua tetapi hanya ucapan-ucapan dibawah sudah cukup untuk segala-galanya..Jadi amalkan lah selalu tidak kira di mana jua berada..insyaALLAH
=============================
1 – Perkataan SUBHANALLAH
Ertinya ialah : ” MAHA SUCILAH ALLAH “
Ianya diucapkan tatkala kita melihat sesuatu perkara yang menggembirakan kita ataupun perkara-perkara yang hebat lagi ajaib . Contohnya tatkala kita melihat orang yang tidak cedera walaupun terlibat di dalam kemalangan .
Tujuan kita mengucapkan “ SUBHANALLAH “ iaitu seolah-olah kita mendidik diri kita : “ Wah ! hebatnya orang itu , tak cedera langsung . Tapi Allah lebih Maha Hebat kerana itu semua tidak akan berlaku melainkan dengan izin Allah Ta’ala “ .
Ianya diucapkan juga apabila kita melihat ada apa-apa perkataan ataupun perbuatan yang menyebabkan seseorang itu syirik kepada Allah . Contohnya kita ucapkan “ SUBHANALLAH “ apabila melihat ada orang yang menyembah berhala-berhala . Di dalam hati kita ketika itu seolah-olah kita berkata : “ Allah Ta’ala Maha Suci dan tiada kena-mengena langsung sebagai Tuhan yang mereka anggap itu “ .
Lihatlah firman Allah Ta’ala berikut :
Ertinya : “ Dialah Allah yang tidak ada sama sekali Tuhan yang layak disembah kecuali Dia Yang Maha Berkuasa , Maha Suci , Maha Selamat , Maha Memberi Keamanan , Maha Peneguh , Maha Mulia , Maha Gagah-Perkasa , Maha Besar , Maha Sucilah Allah daripada apa yang mereka sekutukan “ ~ Surah al-Hasyr : ayat 23
Lihat penggunaan “ SUBHANALLAH “ ataupun yang semakna dengannya melalui ayat Al-Quranul Karim di bawah ini :
Ertinya : “ Maha Sucilah Tuhan yang telah memperjalankan hamba-Nya di waktu malam ( Israk ) dari Masjid al-Haram ( di Mekkah al-Mukarramah ) ke Masjid al-Aqsa ( di Palestin ) yang telah Kami berkati sekitarnya , agar Kami menunjukkan kepadanya ( Nabi Muhammad s.a.w ) beberapa tanda kekuasaan Kami . Sesungguhnya Dia ( Allah ) adalah Tuhan Yang Maha Mendengar Lagi Maha Melihat “ . ~ Surah al-Israk , ayat 1 .
Ya ! , peristiwa Israk-Mikraj adalah satu peristiwa yang ajaib lagi hebat , namun sehebat-hebat peristiwa itu , lebih hebat lagi Tuhan yang telah mengatur dan mencipta peristiwa itu , Tuhan itulah Allah Ta’ala Yang Maha Hebat , Yang Maha Mendengar segala doa Nabi-Nya s.a.w dan tohmahan puak-puak yang tidak mempercayai kisah itu dan Maha Melihat segala-galanya . Dan Maha Sucilah Allah drp segala sifat-sifat yang tidak sepatutnya dilemparkan kepada Dia .
Ucapan “ SUBHANALLAH “ ini juga dikenali sebagai “ TASBIH “ .

2 – Ucapan “ ALHAMDULILLAH “

Ertinya : “ Segala puja-puji hanyalah untuk Allah “ ataupun “ Segala syukur dan terima kasih hanyalah untuk Allah “ .
Ianya diucapkan sebagai puja-pujian dan bersyukur di atas segala nikmat yang Allah Ta’ala berikan kepada kita .
Contoh ayat Al-Quranul Karim yang menerangkan hal ini ialah :
Ertinya : “Dan Kami cabut segala macam dendam yang berada di dalam dada mereka; mengalir di bawah mereka sungai-sungai dan mereka berkata: “Segala puji bagi Allah yang telah menunjuki kami kepada (surga) ini. Dan kami sekali-kali tidak akan mendapat petunjuk kalau Allah tidak memberi kami petunjuk. Sesungguhnya telah datang rasul-rasul Tuhan kami, membawa kebenaran.” Dan diserukan kepada mereka: “ltulah surga yang diwariskan kepadamu, disebabkan apa yang dahulu kamu kerjakan ” ~ Surah al-‘Aaraf , ayat 43 .
Ayat di atas menerangkan nikmat yang diperolehi oleh orang-orang yang beriman kelak di hari akhirat iaitu nikmat mendiami syurga yang dijanjikan kepada mereka dahulu . Lihat ! , para penghuni syurga nanti akan mengucapkan “ ALHAMDULILLAH “ sebagai berterima-kasih dan bersyukur di atas ganjaran yang Allah Ta’ala berikan kepada mereka dan disebabkan Allah Ta’ala telah mengutuskan kepada mereka wahyu dan panduan melalui Para Rasul a.s .
Kita juga wajib mengucapkan syukur kepada Allah Ta’ala di atas nikmat sampainya Islam kepada kita dan masih ramai lagi para ulama’ rh , kerana tanpa Islam dan bimbingan para ulama’ rh , tidaklah kita layak masuk ke dalam syurga Allah Ta’ala kelak .
Lihat lagi firman Allah Ta’ala di dalam Surah al-Kahf , ayat pertama :
Ertinya : “ Segala puja-puji hanyalah untuk Allah (Tuhan ) yang telah menurunkan kepada hamba-Nya kitab dan tidak pula Allah ciptakan baginya ada sebarang kebengkokan ( pertentangan dan perselisihan di antara satu ayat dengan ayat yang lain ) “ .
Kita juga wajib bersyukur kepada Allah Ta’ala di atas nikmat adanya kitab Al-Quranul Karim sebagai panduan hidup kita , yang mana tanpanya , pastilah kita tidak akan menemui kebenaran dan kejayaan di dunia dan di akhirat .
Selain itu ianya diucapkan apabila kita dipuji , contohnya apabila orang memuji kita lantaran kejayaan kita , lalu kita pun menjawab : “ Alhamdulillah , saya berjaya “ ( Diucapkan ucapan “ Alhamdulillah “ agar kita tidak lupa bahawa sehebat mana pun usaha kita , ianya tentu tidak akan berjaya jika tidak diizinkan oleh Allah Ta’ala ) .
Ucapan “ ALHAMDULILLAH “ ini juga dikenali sebagai “ TAHMID “ .

3 – Ucapan “ ALLAHU AKBAR “

Ertinya : “ Allah Maha Besar “ .
Ianya diucapkan di dalam beberapa situasi :
1 – Apabila berada di tempat yang tinggi .
2 – Apabila berada di dalam ketakutan .
3 – Sebagai teriakan untuk menakutkan dan menggerunkan musuh-musuh Allah Ta’ala .
4 – Sebagai “ pembakar semangat “ para pejuang Islam .
5 – Ketika azan , takbiratul ihram dan takbir hari raya .
Ucapan ini dikenali juga sebagai “ TAKBIR “ .

4 – Ucapan “ LA ILAHA ILLALLAH “
Ertinya : “ Tidak ada sama sekali Tuhan yang layak diibadati melainkan Allah “ .
Masyarakat Arab biasanya menyebut kalimah ini apabila melihat sesuatu yang menggerunkan ataupun peristiwa yang mengerikan .
Kalimah ini adalah inti-pati dan dasar ajaran Islam . Silalah melihat kitab-kitab zikir dan wirid yang sahih ( seperti RIYADHUS SOLIHIN oleh Al-Imam an-Nawawi rh ataupun KALIMUT TOIYIB oleh Al-Imam Ibnu Taimiyah rh ) untuk mengetahui fadhilat-fadhilat kalimah Tauhid ini.
Ia dikenali juga dengan gelaran “ TAHLIL “ .

5 – Ucapan “ BISMILLAH “

Ertinya : “ Dengan Nama Allah “
Ucapan ini dikenali sebagai “ BASMALAH “
Dilakukan sebagai menunjukkan adab di antara seseorang hamba dengan Allah Ta’ala ketika melakukan perkara-perkara yang diredhai-Nya .
Ertinya di sini ialah : “ Bismillah “ digunakan untuk melakukan perkara-perkara yang diredhai oleh Allah Ta’ala sahaja . Seolah-olah tatkala kita membacanya kita turut sama beriktiqad : “ Aku menyebut nama Allah ini supaya kerja yang aku lakukan ini dirahmati dan diberkati oleh-Nya “ .
Adapun jika digunakan untuk perkara-perkara yang dilarang , maka ia adalah haram bahkan kadang-kadang boleh membawa kepada murtad kerana dianggap menghina kesucian ataupun mempersendakan Allah Ta’ala . Contohnya :
A – Membaca “ Bismillah “ untuk menyembelih binatang-bintang yang tidak disembelih untuk tujuan yang dibenarkan ( seperti untuk mandi safar , untuk “membuka gelanggang silat “ , untuk “ menyemah “ rumah, untuk “ menjamu “ penunggu dan jin dan sebagainya .
B – Membaca “ Bismillah “ untuk melakukan jampi-jampian yang dilarang oleh agama kita .
C – Membaca “ Bismillah “ untuk “ tikam “ nombor ekor , toto dan lumba kuda serta sebarang perjudian .
D – Membaca “ Bismillah “ ( supaya selamat konon-kononnya ) untuk mengintai orang mandi .
E – Membaca “ Bismillah “ untuk makan dan minum apa-apa yang haram .
F – Membaca “ Bismillah “ kuat-kuat ( agar didengar oleh orang ramai ) ketika membuka warong demi melariskan jualan .

6 – Ucapan “ MA SYAALLAH “
Ertinya : “ Apa yang Allah Kehendaki “
Diucapkan ketika melihat apa-apa yang baik dan indah .
Diucapkan juga ketika melihat perkara-perkara yang luar biasa dan hebat ( sama seperti Tasbih )
Tidak boleh digunakan sebagai ucapan tatkala melihat sesuatu yang dilarang , contohnya menyebut “ MA SYA ALLAH “ ketika melihat wanita-wanita yang berpakaianseksi sebab kalimah itu bermakna “ Apa-apa yang Allah kehendaki “ , sedangkan Allah Ta’ala tidak pernah sama-sekali menyuruh wanita-wanita berpakaian seksi di hadapan bukan suaminya . Dan begitu juga tidak boleh mengucapkan kalimah ini tatkala melihatpelakon-pelakon yang seksi-seksi di TV .
Hati-Hati dan fahami baik-baik penggunakan kalimah dan ucapan ini !!! .
Ucapan ini diistilahkan sebagai : “ AL-MASYIAH “
7 – Ucapan “ A’UZUBILLAHI MINASY SYAITONIR RAJIM “
Ertinya : “ Aku memohon perlindungan Allah daripada syaitan yang direjam ( terkutuk ) “ .
Diucapkan sebagai memohon perlindungan dan keselamatan kepada Allah Ta’ala daripada segala jenis gangguan , sama ada gangguan syaitan ataupun bala-bencana .
Diucapkan juga sebagai memulakan bacaan ayat-ayat suci Al-Quranul Karim .
Ucapan ini digelar sebagai “ AT-TA’AWWUDZ “ .

8 – Ucapan “ LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAH “
Ertinya : “ Tidak adalah daya-upaya dan kekuatan ( yang sebenar / yang terutama ) melainkan dengan izin ( pertolongan ) Allah “ .
Diucapkan apabila melihat perkara-perkara yang tidak disukai ataupun apabila kita tidak terdaya untuk melakukan sesuatu .
Dan diucapkan apabila kita merasai kekurangan dan kelemahan yang ada pada diri kita seperti sedang berhadapan dengan jumlah musuh yang lebih ramai daripada pihak kita .
Ucapan ini dikenali sebagai “ AL-HAUQOLAH “ .

9 – Ucapan “ INSYA ALLAH “
Ertinya : “ Jika diizinkan Allah “
Diucapkan apabila kita berjanji untuk menyempurnakan hajat seseorang . Ataupun apabila hati kita berat 70 % untuk memenuhi janji itu maka bolehlah kita menyebut “INSYA-ALLAH “ , tetapi jika kita memang tidak mahu memenuhi hajat itu ataupun hati kita memang berat 70 % untuk tidak memenuhinya , maka tidaklah wajar kitamenggunakan kalimah ini . ~ [ Hasil temuramah di antara Al marhum S.S Dato’ Ishak Baharom , Bekas Mufti Selangor Darul Ehsan dengan salah sebuah majalah di Malaysia ].
Ucapan ini dikenali sebagai “ TAWAKKUL “ ( Tetapi masyarakat Melayu memanggilnya sebagai tawakkal )

10– Ucapan “ BARAKKALLAHU FIK “
Ertinya : “ Semoga Allah memberkati engkau “ .
Diucapkan kepada seseorang yang kita cintai ataupun sebagai doa baginya .
Menurut sunnah ucapan yang seumpama ini diucapkan juga kepada mereka yang baru berkahwin .
Ucapan ini dikenali sebagai “ AT-TABARRUK “ .

11 – Ucapan “ JAZAKALLAHU KHAIRAN “
Ertinya : “ Semoga Allah membalas jasa-baikmu itu dengan kebaikan “
Ucapan ini sebagai tanda terima kasih kita pada seseorang .
Boleh juga diucapkan dengan “ JAZAKALLAHU KHAIRAN KATSIRAN “ ( Semoga Allah membalas jasa-baikmu itu dengan kebaikan yang banyak “ .
Boleh juga diucapkan dengan “ JAZAKALLAHU KHAIRAL JAZAK “ ( Semoga Allah membalas jasa-baikmu dengan balasan yang paling baik ) .
Adalah SALAH dan TIDAK BETUL jika sekadar mengucapkan “ JAZAKALLAHU “ ( Semoga Allah membalasmu…) Membalas dengan apa ??? . Ayat ini jadi ayat tergantung ! .
Apabila kita diucapkan sedemikian rupa , maka respon kita pula ialah : “ JAZANA WA IYYAK “ . Erti respon itu ialah : “ Semoga Allah juga membalas ( kebaikan yang kau ucapkan tadi ) kepada kita semua dan juga kepada dirimu “ .
Ianya dikenali sebagai kalimah “ ASY-SYUKR “

12 – Ucapan “ INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI’UN “
Ertinya : “Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali “.
Diucapkan apabila ditimpa sesuatu yang tidak dikehendaki seperti banjir , kemalangan , kecurian dan seumpamanya . ( Walhal orang-orang kita hanya mengucapkannya tatkala mendengar berita kematian seseorang ) .
Firman Allah mengenai ucapan ini : Ertinya : “ Orang-orang yang sabar itu apabila mereka ditimpa musibah mereka akan berkata : Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali “~ Surah al-Baqarah , ayat 155 .
Ucapan ini dikenali sebagai “ LIL ISTIRJAA’ / TARJIE’“
13 – Ucapan “ HASBUNALLAHU WA NI’MAL WAKIL “
Ertinya : “ Cukuplah bagi kami ini Allah itu sebagai sebaik-baik pelindung / penolong “ .
Diucapkan sebagai tanda kita ini berserah diri dan bergantung harap ( bertawakkal ) kepada Allah Ta’ala semata-mata . Dan ia juga merupakan ucapan “ pembakar “ semangat keberanian orang-orang yang beriman . Contohnya diucapkan tatkala menghadapi serangan musuh.
Firman Allah Ta’ala yang mengisahkan keimanan para sahabat r.a menjelang Perang Badar : Ertinya : Orang-orang yang mentaati Allah dan Rasul itu apabila dikatakan kepada mereka : “Sesungguhnya manusia ( musyrikin Quraisy ) telah mengumpulkanpasukan untuk menyerang kamu, karena itu takutlah kepada mereka”, maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: “Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung “ . ~ Surah Ali ‘Imran , ayat 173 .
Ucapan ini dikenali sebagai “ AL-HASBANA


Sekian . Semoga ada manfaatnya .
Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

Thursday, November 11, 2010

motivasi diri untuk motivasi sekeliling.

assalamualikum semua. apa khabar? lama tidak menjenguk disini.. kami kebelakangan ini agak sibuk.. biasalah kehidupan sebagai seorang pelajar, memerlukan kita memberikan komitmen yang tinggi untuk sesuatu perkara. terbaru kami terpaksa bertungkus lumus untuk mengulangkaji pelajaran.. untuk apa? sahabat2 kami, untuk examlah.. apalagi? 

kali ni kita nak bercerita mengenai apa pula ya? 
memotivasikan diri sendiri atau memotivasikan diri orang lain?
pasti, kita motivasikan diri lepas tu secara automatiknya, kita mampu memotivasikan diri orang lain. tak percaya? cubalah try test tengok. 
sahabat: kalau kita memotivasikan diri sendiri, sudah tentu diri kita sentiasa termotivas untuk melakukan sesuatu kan? jadi kalau kita dah memotivasi diri sendiri, orang yang berada disekeliling pun akan sedikit sebanyak ikut motivasi diri diri mereka sendiri kan? 
betulah kata orang, kalau kawan kita baik, kita juga mesti akan menjadi seorang yang baik.. jadi nak berawan tu pilihlah kawan2 yang baik. secara automatiknya kita akan dengan sendirinya menjadi insan2 yang baik2. insyaALLAH. kita manusia hanya mampu merancang, mengusahakan, selebihnya ALLAH yang menentukan untuk kita.. ALLAH yang akan berikan yang terbaik untuk kita. jadi saya menyeru diri sendiri dan diri rakan2, marilah kita melangkah kearah yang lebih positif.. motivasikan diri untuk memotivasikan orang disekeliling.. renungkanlah ye? 

salam sayang dari kami.

Monday, November 1, 2010


Fahami dan hayatilah setiap kata-kata peransang ini semoga anda
dapat menyemarakkan semangat ingin terus berusaha dalam
merealisasikan impian anda.

Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat.
- Charles Cahier

Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.
- Charles Cahier


Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya
adalah kesan langsung pemikirannya.
- James Allen


Menyimpang seinci, rugi seribu batu.
- Peribahasa Cina



Rahsia kejayaan adalah ketekalan matlamat.
- Benjamin Disraeli



Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain.
- I. Salanter Lipkin



Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan
kualiti yang baik dalam perbuatannya.
- Aristotle

Saturday, October 30, 2010

Hargai Milik Mu


Hargailah segala yang kau miliki, anda akan memiliki lebih lagi..Jika anda fokus pada apa yang tidak anda miliki, anda tidak akan pernah merasa cukup dalam hal apa pun. 

from Oprah Winfrey


Maksudnya di sini cam bak kata pepatah Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran..bersyukurlah dengan apa yang anda miliki sekarang, apa yang ade di depan mata anda..jangan mengamalkan sikap tamak dalam diri anda..seandainya anda hargai apa yang anda miliki sudah pasti banyak lagi ganjaran menunggu anda di hadapan sana.

Renung-renungkan dan selamat bermotivasi..

JaDiKaN MaTlaMaT sEbAgAi ReAlItI

asalammualaikum semua. apa khabar ? hahaha salam sejahtera bagi yang bukan non muslim. kami hari ini mengorak langkah sekali lagi apabila telah mencipta "pages" dekat facebook mengenai blog kita ni.. blog untuk kita bersama2 nikmati. untuk kita sama2 kecapi kebahagian. bukan apa, saja mahu menarik lebih ramai orang untuk sama2 mengikuti apa yang kami ada untuk anda semua.. wah2 dah ada tiga followers.. ha, apa lagi, ajaklah rakan2 anda menyertai kami.. kami pasti akan merasa berbesar hati. kami akan sedaya upaya berusaha untuk mempertingkatkan mutu, mempernaikkan isi2 kandungan dalam pages kita ini. haa bukan apa, kadang2 risau jugak.. takut korang semua lari je.. tanak bermotivasi dengan kami.. 

tadi, lepas je makan tengahari, lepas je solat, lepas je mandi untuk sesi tengahari, kami pun cubalah nak menggerakkan blog ini lagi. almaklumlah, hari ini, hari pertama blog ini dilahirkan. alhamdulillah, semakin sihat nampaknya.. tumbuhan hijau menghisai, sinaran biru memancari dekat kita punya background. baguslah tu. betol tak? ha.. kawan2 yang ade dekat sini, dalam kita nak melakukan sesuatu, seharusnya, kita melakukan sesuatu itu secara berterusan. barulah rasa nikmatnya. jangalah pula hangat-hangat tahi ayam. kan tak best tu.. busuk tahi ayam tu. kami juga mengharapkan agar kami senantiasa ter update dan selalu akan mengikuti trend.. eh dah jauh pula bercerita nih, ada satu benda saya nak share dekat sini,. untuk hari ini tadi jalan2 tengok blog2 kawan yang ade, wahh cantik2 blog korang kan? sempat lagi, haaa nak lah juga dapatkan maklumat, macam mana korang dapatkan gadget2 tu semua.. hemm rajin2 lah membantu kami ye.. almaklumlah kita semua manusia biasa yang sering belajar memperbaiki diri..


baiklah untuk renungan kita bersama pada hari permulaan ini, haaa
ade something yang very the special untuk korang2 nih, apadia? haaa baca dekat bawah nih

Jadikan matlamat sebuah realiti, bukan mainan minda semata. Cabar diri Anda jadikan matlamat benar-benar realiti di dunia sebenar.


Motivasi adalah perjalanan, ia bergantung pada dari mana tempat Anda mula berjalan dan tempat yang Anda tuju. Dengan membina matlamat, target, azam, cita-cita atau kemahuan membara, Anda sudah ada tempat untuk dituju.


Seterusnya, untuk kekalkan motivasi dalam diri Anda, Anda mesti sentiasa bergerak ke tempat yang mahu di tuju itu, langkah kena sentiasa ada, jangan pernah berhenti lama.


haaa..paham tak apa dia bebelkan? ish apelah, bebelkan pulak, ini kekuatan kita, paham tak apa yang ayat diatas tu terangkan. cuba anda ambik masa sekajap dan renungkan apa yang dimaksudkan disini.. matlamat sebuah reliti. bagus.. sebenarnya. haa, macam kami, semalam kami cuba jadikan matlamat kami sebagai sebuah realiti. see, apa yang kami dapat. walaupun masih lagi dlaam percubaan, namum kami cuba bergerak untuk anda dan juga kami.. cuba kawan renungkan apa yang cuba kami sampaikan dekat atas yea? jangan segan silu untuk memberikan komen anda.. 


cukuplah dahulu untuk pertemuan kita saat ini.. kalau kami berjalan dan jumpa lagi insyaALLAH akan kami update kan dekat sini, agar kita semua up to date. ok? 
fikir-fikirkan, motivasikan diri untuk meningkatkan prestasi

Friday, October 29, 2010

salam perkenalan untuk semua


salam perkenalan kami ucapkan. selamat datang ke blog yang kami ciptakan khas untuk luahan isi hati berteraskan motivasi.. untuk menaikkan kejayaan diri kami sendiri serta diri setiap pengikut blog ini.. 


"kami" digunakan disini membawa erti bahawa pencipta laman ini adalah lebih dari seorang. jadi setiap luahan kami mungkin akan berbeza, namun harus kami ingatkan disini bahawa, niat kami adalah serupa.. kami sama.. kami berdiri pada teguhan dan landasan yang sama iaitu bersama kita dlaam mengejar mimpi kita..  salam perkenalan buat semua..